Assalamu`alaikum.... Alhamdulillah, sy diberi kesempatan untuk
menulis blog lg.. Blog kali nie sy nak kongsikan serba sedikit tentang
pilihan2 yang ada untuk sambung study lepas SPM (Berdasarkan pengalaman sy
sendiri)... Panjang ceritanya... Tapi sy x nak pendekkan... Hehehe...
Semoga korang yg membaca dpt baca sampai ke nottah yg terakhir dlm blog
nih~....
UPU....!
UPU adalah suatu sistem yang menguruskan kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA)... Terdapat 2 pilihan program untuk lepasan SPM memohon di sistem UPU iaitu Asasi dan Diploma. Kebiasaannya Asasi akan menjadi pilihan pertama untuk lepasan SPM sambung blaja manakala diploma lak kebiasaannya menjadi pilihan ke-3.
*Aduh, course apa nak pilih dalam upu nih....? Kok pilihannya bnyk sngt sih... Nak letak asasi ke diploma...? Huhuhu...*
Haaa... Ni antara soalan2 biasa yg ada kat dlm pemikiran SPM leaver...
Masalah nak memilih course untuk diisi dalam UPU... So, macam mana sy
hadapi masalah nie ek...? Senang je (xdelah senang sangat.. Hehe), sy buat panduan sy sendiri,
1) Syarat Am Universiti & Syarat Khas Program
2) Markah Merit
3) Minat
4) Impian
5) Jenis Universiti
Untuk mengisi pilihan dlm UPU, firstly perlulah lepas syarat Am Universiti dan syarat khas program tuw... Kalau syarat Am Universiti perlu Bumiputra, tp korang bukan Bumiputra jangan lah apply Universiti tuw... Kalau syarat Khas Program tuw contohnya syarat Asasi Kejuruteraan perlu sekurang-kurangnya gred B English, tapi korang dpt C+ English tu jngn lah apply... Sebab UPU nie sistem komputer, kalau korang x lepas syarat minimum, sistem akan automatik reject pemohonan korang... Jadi, memang penting sngt lah tawu syarat2 nie...
Bagi kursus2 yg hot stuff macam Asasi Perubatan dan Asasi Kejuruteraan, markah merit perlulah tinggi sbb persaingan tu tinggi... Course2 macam nie ramai org apply... Walaupun korang lepas syarat Am Universiti dan syarat khas program tuw, korang belum tentu lagi dpt Universiti N Course tuw... Korang still kene compete dngn ramai org yg result gempak2 mcm korang... So, penting untuk korang kira markah merit Akademik + merit koko korang... Contoh, markah merit akademik 75.5% + merit koko 7.4% akan jadi 82.9%... Then, korang nilai lah sendiri agak2 markah merit korang tuw sesuai x untuk mohon course2 yg hot stuff....
Minat
dan impian tuw penting. Dua benda ini lah antara faktor2 yg mendorong kita untuk berusaha bersungguh-sungguh... Disebabkan
minat, kita sanggup stay up sampai kol 2-3 pagi untuk study (pengalaman
di SBP.. Hehehe) ...
Jenis Universiti lak sebenarnya x berapa penting
sbb belajar di mana-mana pun lebih kurang sama saja... Tapi kat dlm UPU
kan bnyk sngt pilihan universitinye, so nak pilih universiti mana kat
pilihan yg atas2 tuw, mesti kena ada panduan gak... Mana boleh main isi
je... Hehehe.. Universiti awam terbahagi kepada 3 jenis iaitu Universiti
Penyelidikan, Universiti Komprihensif, dan Universiti Berfokus..
Kalau
minat nak jadi cikgu, pilihlah UPSI (Universiti Berfokus Pendidikan) di
pilihan terawal... Kalau minat nak study suasana ketenteraan, pilihlah
UPNM (Universiti Berfokus Pertahanan) di pilihan terawal.... Dan
begitulah yang seterusnya...
-Pengalaman
Berdasarkan
minat dan impian sy, sy letak Diploma Sains Komputer, Universiti
Teknologi Mara sebagai pilihan pertama... Sy x letak langsung asasi dlm
kesemua 8 pilihan upu sy... Mula2 tuw, ada jugak org yg mempersoalkan
pilihan sy nih... Dengan result sy 8A 2B 1C, ada org brainwash sy untuk
letak Asasi di pilihan terawal... Hahaha.. (Waktu zaman sy SPM 2014 nie, result sy lepas syarat untuk amik Asasi Pengajian Islam & Sains UM, Tamhidi Sains & Teknologi USIM, dan lain2.... Sbb tuw org tersebut brainwash sy untuk amik Asasi... Btw, ada beberapa asasi yg sy x layak untuk apply.. contohnya Asasi Kejuruteraan UiTM, Asasi Sains Fizikal UM dan lain2 sbb BI sy C+... Mostly die nak BI gred B... Jadi, korang janganlah abaikan subject BI korang yer)... Sy ada sebab sy sendiri
kenapa sy pilih diploma... Antara sbbnya, diploma blaja lebih fokus kpd
bidang tu berbanding Asasi... Tapi, setiap pilihan ada pro dan kontra yg
tersendiri... So korang dinasihatkan buat lah research dulu tentang pro
n kontra Asasi dan Diploma sebelum buat pilihan.. Sy pilih UiTM lak sbb
UiTM menerapkan ilmu asas keusahawanan dlm diri pelajar-pelajarnya...
Contoh, student Sains Komputer pon kena blaja asas perakaunan dan
perniagaan di UiTM.... Impian sy memang nak jadi usahawan teknologi.... Hehehe... Kesimpulannya, buatlah pilihan yg
sesuai dngn jiwa korang~...
Contoh berdasarkan keputusan SPM saya:
Contoh berdasarkan keputusan SPM saya:
A+ = Matematik Moden
A+ = Pendidikan Syariah Islamiah
A+ = Pendidikan al-Quran & as-Sunnah
A = Matematik Tambahan
A = Sejarah
A = Bahasa Malayu
A- = Fizik
A- = Kimia
B+ = Biologi
B+ = Bahasa Arab
C+ = Bahasa Inggeris
Markah Merit Akademik = 77.1666%
Markah Merit Kokurikulum = 7.55%
Markah Merit Keseluruhan (Akademik + Koko) = 84.7166%
Pilihan UPU sy,
Pilihan 1: E2810 : Diploma Sains Komputer : UiTM
Pilihan 2: J2810 : Diploma Sains Komputer : UMP
Pilihan 3: C2801 : Diploma Teknologi Maklumat & Komunikasi : UTeM
Pilihan 4: E2425 : Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) : UiTM
Pilihan 5: C2425 : Diploma Kejuruteraan Elektronik : UTeM
Pilihan 6: R2423 : Diploma kejuruteraan Mekatronik : UniMAP
Pilihan 7: B2801 : Diploma Teknologi Maklumat : UTHM
Pilihan 8: E2210 : Diploma Perakaunan : UiTM
Alhamdulillah, 6/5/2015 result UPU pun keluar dan sy dapat pilihan pertama sy, Diploma Sains Komputer UiTM.... 8/5/2015 surat tawaran UiTM boleh dicetak dan sy dpt UiTM Dungun, Terengganu (A Resort Campus)....
-Tips Sistem UPU
1. Syarat Kelayakkan am Universiti dan Syarat Khas Kursus (Kalau lepas, tengok 2),
i) https://online.moe.gov.my/upu/emas/index_epanduan.php
ii) http://upu.semaksyarat.info/
2. Kekosongan kursus (Kalau ada kekosongan, tengok 3)
3. Markah Merit Akademik + Koko (Kalau markah merit spm kamu lagi tinggi berbanding pemohon2 yg lain, baru kamu akan dapat kursus tuw.... Contohnya kalau ada 11 org apply Diploma Kejuruteraan Mekanikal, kesemua 11 org tuw lepas syarat am universiti dan syarat khas program, tp just ada 10 kekosongan je, so sistem UPU akan amik 10 org markah merit tertinggi drpd 11 org tuw...),
i) http://halatuju.com/kaunselor/?p=356
p/s: sistem UPU sentiasa memilih mengikut peringkat... Sistem akan tengok bermula daripada pilihan 1... Sekiranya x dapat pilihan 1, baru sistem akan tengok pilihan 2... Sekiranya x dapat pilihan 2, baru sistem akan tengok pilihan 3... Dan begitulah seterusnya... Sekiranya korang dapat pilihan 3, sistem takkan tengok pilihan 4, 5, 6, 7 dan 8 korang... Tamat~
Semoga Bermanfaat :)
Matrikulasi
Matrikulasi nie lebih kurang macam Asasi.... Lepas masuk matrikulasi setahun (atau dua tahun), korang boleh terus apply degree... Cuma Matrikulasi ini diasingkan daripada Universiti.... Kebiasaannya, Matrikulasi menjadi pilihan ke-2 untuk pelajar lepasan SPM... Berbeza dengan Asasi yg terdapat bnyk pilihan, matrikulasi hanya terdapat 3 pilihan sahaja iaitu Aliran Sains (Modul 1, Modul 2 dan Modul 3), Aliran Teknikal (Awam, Mekanikal dan Elektrik & Elektronik), dan Aliran Perakaunan... Untuk masuk Matrikulasi, yg paling penting kena amik subject Addmath walaupun nak masuk Aliran Perakaunan... Hahaha..! Addmath tuw wajib beb...
-Pengalaman
Permohonan Matrikulasi perlu dibuat sebelum SPM lagi.... Dalam sistem permohonan tuw, boleh pilih 3 pilihan tempat matrikulasi... Sy pilih,
Pilihan 1: Matrikulasi Selangor (sebab dekat sangat dengan rumah)
Pilihan 2: Matrikulasi Perak (sebab dekat dengan kampung)
Pilihan 3: Matrikulasi Negeri Sembilan (sebab dekat sikit dngn rumah)
Hehehe....
Untuk aliran lak, sy pilih aliran sains sbb sy student sains tulen time SPM... Sebenarnya sy nak apply aliran dan matrikulasi teknikal sbb cita2 sy waktu tuw nak jadi engineer... Tapi just student yg amik aliran sains teknikal SPM je boleh apply tuw... Huhuhu...
Result pemohonan release minggu ke-3 April 2015... Sy check gune SMS sbb waktu tuw sy tengah hantar surat pemohonan ke UTP... Excited punya pasal, kol 12:00 p.m. tepat sy check.. Haha.. Alhamdulillah dapat pilihan pertama, Matrikulasi Selangor:Aliran Sains:Program 1 Tahun... Rasa lega lah bila dapat tawaran tuw... at least dah ada tempat yg baik, dekat dan murah untuk sambung study (waktu tuw result UPU x keluar lagi)... Andaikata sy pilih untuk masuk matrikulasi nie, sy target nak amik modul 2 ( Fizik, Kimia, Sains Komputer dan Matematik)... Sbb sy x berminat untuk sambung study subjek Biologi... Hehehe...
UPIM adalah institusi dibawah Mara seperti Kolej Profesional Mara (KPM), Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), German-Malaysian Institute (GMI) dan lain2... Institusi2 ini ialah institusi swasta... Antara institusi2 ini, institusi yg paling famous adalah Kolej Profesional Mara (KPM) sebab;
1. KPM terdapat program yg diiktiraf di peringkat antarabangsa iaitu Higher National Diploma (HDR),
-HND in Computing (Software Development)
-HND in Business (Marketing)
-HND in Business (Information Technology)
2. Sijil boleh digunakan untuk study oversea.
3. Yuran pengajian yg lebih murah berbanding institusi2 UPIM yg lain2.
Sy memilih untuk tidak menerima tawaran KPTM dan GMI sebab kos pengajiannya yg tinggi.. Dan sy tak menerima tawaran KPM pulak sebab sy tersilap apply course...
UTP adalah universiti swasta yg mendapat tempat dihati pelajar-pelajar lepasan SPM yg cemerlang... UTP hanya menyediakan Foundation 1 tahun sahaja untuk lepasan SPM dan terus Degree (No Diploma)... Terdapat 2 intake dalam setahun iaitu intake March dan July... Untuk intake march, permohonan dibuat menggunakan result trail SPM manakala intake July pula menggunakan result SPM sebenar... Pemohon perlu melepasi 2 saringan..
Saringan pertama menggunakan result trail SPM/SPM sebenar semasa mengisi borang online... Pemohon akan disenarai pendekkan berdasarkan result tersebut.. Pemohon yg telah disenarai pendekkan akan melalui saringan kedua.. Peserta saringan kedua perlu menghadiri educamp di kampus UTP di Sri Iskandar, Perak.. Peserta perlu melalui Verbal Communication Assesment (VCA), Cambridge Personality apetah (CPSQ) dan Thinking Skills Assesment (TSA)..
1. Foundation in ICT
2. Foundation in Electric and Electronic Engineering
3. Foundation in Applied Physic
p/s: Tawaran akan diberikan berdasarkan keutamaan susunan pilihan dalam borang pemohonan
Alhamdulillah sy dapat tawaran UTP course pilihan pertama sy.. Inn syaa ALLAH sy akan kongsikan pengalaman educamp UTP sy di blog yg lain... Pengalaman educamp tu panjang ceritanya... Hehehe....
Unit Pendidikan Institusi Mara (UPIM)
UPIM adalah institusi dibawah Mara seperti Kolej Profesional Mara (KPM), Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), German-Malaysian Institute (GMI) dan lain2... Institusi2 ini ialah institusi swasta... Antara institusi2 ini, institusi yg paling famous adalah Kolej Profesional Mara (KPM) sebab;
1. KPM terdapat program yg diiktiraf di peringkat antarabangsa iaitu Higher National Diploma (HDR),
-HND in Computing (Software Development)
-HND in Business (Marketing)
-HND in Business (Information Technology)
2. Sijil boleh digunakan untuk study oversea.
3. Yuran pengajian yg lebih murah berbanding institusi2 UPIM yg lain2.
-Pengalaman
Sy mohon KPM (Diploma in Network Computing), KPTM (Diploma in Information Technology), dan GMI (Diploma in Network Security).. Alhamdulillah sy dapat tawaran2 nie... Tapi, sy tersilap membuat pilihan.. Sy sepatutnya memilih KPM (HND in Computing Software Development) sbb sijil untuk program ni lebih bernilai berbanding KPM (Diploma in Network Computing).. Tapi apakah daya, sy tahu tentang program HND nie selepas dateline pemohonan.. huhuhu...Sy memilih untuk tidak menerima tawaran KPTM dan GMI sebab kos pengajiannya yg tinggi.. Dan sy tak menerima tawaran KPM pulak sebab sy tersilap apply course...
Universiti Teknologi Petronas (UTP)
UTP adalah universiti swasta yg mendapat tempat dihati pelajar-pelajar lepasan SPM yg cemerlang... UTP hanya menyediakan Foundation 1 tahun sahaja untuk lepasan SPM dan terus Degree (No Diploma)... Terdapat 2 intake dalam setahun iaitu intake March dan July... Untuk intake march, permohonan dibuat menggunakan result trail SPM manakala intake July pula menggunakan result SPM sebenar... Pemohon perlu melepasi 2 saringan..
Saringan pertama menggunakan result trail SPM/SPM sebenar semasa mengisi borang online... Pemohon akan disenarai pendekkan berdasarkan result tersebut.. Pemohon yg telah disenarai pendekkan akan melalui saringan kedua.. Peserta saringan kedua perlu menghadiri educamp di kampus UTP di Sri Iskandar, Perak.. Peserta perlu melalui Verbal Communication Assesment (VCA), Cambridge Personality apetah (CPSQ) dan Thinking Skills Assesment (TSA)..
-Pengalaman
Untuk permohonan UTP, sy mohon,1. Foundation in ICT
2. Foundation in Electric and Electronic Engineering
3. Foundation in Applied Physic
p/s: Tawaran akan diberikan berdasarkan keutamaan susunan pilihan dalam borang pemohonan
Alhamdulillah sy dapat tawaran UTP course pilihan pertama sy.. Inn syaa ALLAH sy akan kongsikan pengalaman educamp UTP sy di blog yg lain... Pengalaman educamp tu panjang ceritanya... Hehehe....